Monday, November 10, 2008

Amalan-amalan ketika Mengandung

Amalan-amalan ketika mengandung
1. Banyak bertaubat kepada Allah s.w.t atas segala dosa yang telah dilakukan
2. Sentiasa menutup aurat mengikut ajaran Islam
3. Membaca ayat-ayat Al-Quran
Surah-surah amalan ketika mengandung
· Al-Fatihah dan ayat Kursi
· Seluruh surah Yassin
· Seluruh surah At-Taubah
· Seluruh surah Yusuf
· Seluruh surah Luqman
· Seluruh surah Maryam
· Surah An-Nahl ayat 78
وَاللّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لاَ تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ الْسَّمْعَ وَالأَبْصَارَ وَالأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
· Surah Al-A'raf ayat 189
هُوَ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا فَلَمَّا تَغَشَّاهَا حَمَلَتْ حَمْلاً خَفِيفًا فَمَرَّتْ بِهِ فَلَمَّا أَثْقَلَت دَّعَوَا اللّهَ رَبَّهُمَا لَئِنْ آتَيْتَنَا صَالِحاً لَّنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِين
Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur
Link laman-laman web Al-Quran
· Syed Aftab Ali Bukhari - bacan Al-Quran dan terjemahan dalam bahasa Inggeris
· Al-Islam - bacaan Al-Quran dan terjemahan dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa melayu.
4. Membaca doa
· Doa mohon rahmat - Surah Ali-Imran ayat 8-9
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ رَبَّنَا إِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَّ رَيْبَ فِيهِ إِنَّ اللّهَ لاَ يُخْلِفُ الْمِيعَادَ
(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
· Doa zuriat yang soleh - Surah Ali-Imran ayat 38
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
· Doa mohon ampun - Surah Ali-Imran ayat 192-194
رَبَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ رَّبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُواْ بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأبْرَارِ رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَادَ
Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan). Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.
· Doa anak tetap mengerjakan sembahyang - Surah Ibrahim ayat 40-41
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan
5. Kehidupan suami isteri ketika mengandung akan mempengaruhi janin. Oleh itu terdapat adab-adab yang perlu bagi suami dan isteri
· Adab isteri terhadap suami ketika mengandung
1. Mengasihi dan menyayangi suami
2. Menjaga perkataan terhadap suami
3. Tidak terlalu cerewet
4. Menjauhi daripada perasaan yang tidak baik terhadap suami
5. Menghargai pandangan dan nasihat yang diberikan suami, orang tua serta ahli keluarga
6. Menghormati kaum muslimin dan muslimat serta berbuat baik kepada mereka
7. Menjauhi dari mengumpat dan menghina orang lain.
· Adab suami terhadap isteri
1. Menunjukkan kasih sayang terhadap isteri
2. Jujur dan setia pada isteri serta tidak memberi layanan yang kejam dan kasar
3. Selesaikan selisih faham
4. Tidak mudah menjatuhkan talak atau mengeluarkan perkataan yang sama sepertinya.
5. Kerap melakukan sembahyang sunat dan mendoakan isteri dan anak selamat

Thursday, November 6, 2008

RAWATAN UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT



RAWATAN UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT

• Anak atau anak-anak merupakan suatu anugerah Illahi yang tidak ternilai kepada manusia. Keriangan dan tangisan anak-anak merupakan hiburan yang tidak ternilai bagi ibubapa penyayang.
• Tetapi berlainan sekali dengan pasangan yang lambat mendapat cahaya mata. Mereka menjadi gelisah menanti hari-hari dimana mereka dikurniakan anak.
• Merawat pasangan-pasangan yang menghadapi masalah ketidaksuburan adalah satu ibadah. Apabila mereka berjaya mendapatkan zuriat, kita bersama-sama kongsi kemeriahan dan kegembiraan dengan mereka. Bagi mereka kelahiran seorang cahayamata tidak boleh dinilai dari segi wang ringgit. Memang benar mereka perlu untuk membelanjakan banyak wang serta mengorbankan masa dan tenaga khususnya bagi mereka yang perlu menjalani berbagai-bagai kaedah rawatan yang canggih dengan menggunakan teknologi kesuburan seperti bayi tabung uji ataupun menjalani pembedahan untuk memperbaiki peranakan mereka.

• Kini, anda tidak perlu bimbang lagi kerana anda akan membeli akar kayu yang di jual oleh saya dan dihasilkan sendiri oleh paksu saya.

PENGALAMAN MEMINUM AKAR KAYU

KISAH 1
q Saya mempunyai seorang paksu yang telah berkahwin selama 6 tahun.Masalahnya dia tidak mempunyai zuriat sendiri.Beliau berjumpa dengan bapak mertuanya sendiri di baling kedah.Paksu & maksud saya dipaksa meminum akar kayu yang telah di buat sendiri oleh bapak mertua paksu.Setelah 2-3 peket minum.Paksu dapat menghasilkan zuriat sendiri.Pada tahun ini 2007, paksu saya akan menimbang seorang lagi cahaya mata yang ke-4.Oleh kerana kerjayaan bapak mertuanya menghasilkan akar kayu.Beliau telah memperluaskan lagi pernigaan akar kayu ini.Paksu saya telah mengiklankan di dalam akhbar harakah.Boleh dikatakan seluruh rakyat Malaysia termasuk sabah dan sarawak menerima sambutan ini.Alhamdulilah….ramai yang menelefon semula memberitahu keputusan yang amat mengembirakan paksu saya.

KISAH 2
q Pada tahun 2003-2004 saya telah berlajar di ILPKL.Saya telah bertemu dengan pensyarah (lelaki)saya.Saya dapat tahu beliau telah berkahwin selama 11 tahun dan tidak mempunyai zuriat sendiri.Saya memberanikan diri untuk bertanya dan menjual akar kayu tersebut.Sebelum itu…saya memberitahu beliau bahawa, akar kayu ini hanya boleh dimakan sebanyak 3 peket sahaja.Jika selepas 3 peket itu di minum dan tidak nampak apa2 hasil.Beliau perlu berhenti dan mencari jalan lain untuk berubat.Tetapi ..selepas isteri beliau minum akar kayu peket ke-3.Isteri beliau hamil.Baru-baru ini saya telah melihat sendiri anak beliau.



KISAH 3
q Saya mempunyai seorang kawan semasa di ILPKL.Beliau memberitahu masalah kakaknya kepada saya.Kakaknya selalu gugur dan tidak dapat untuk menyelamatkan zuriatnya.Jadi saya memperkenalkan akar kayu tersebut.Seperti biasa pesanan untuk kakak beliau,perlu minum 3 peket sahaja akar kayu.Jika tidak berhasil minta cuba cara lain.Alhamdulilah…kali ini pun berhasil.

KISAH 4
* Pada bulan 5 & 6 tahun 2008 saya telah menjual akar kayu ni kepada seorang pelangan perempuan yang berkerja di UPM yang inginkan anak. Saya akan beri satu pesanan sama seperti pelangan lain "perlu minum 3 peket sahaja akar kayu ini atau tiga kali beli."kali pertama beliau minum berjaya. kemudian pada tarikh 21 june 2008 jam 14:14:23 beliau sms saya bahawa beliau telah mengandung selepas makan dua peket akar kayu. Alhamdulilah apa yang beliau inginkan menjadi.
* Semiggu selepas saya bersalin....saya menerima sms lagi daripada beliau .Pada 23 jan 2009 jam 21:13:13 beliau memberitahu saya yang beliau selamat melahirkan anaknya pada hari isnin. Beliau mendapat anak perempuan. Syukur dengan apa yang allah anugerahkan.

DOA UNTUK DAPAT ZURIAT

Ikutilah contoh Nabi-nabi Ibrahim dan Zakaria , masing-masing tidak putus-putus berdoa kepada Allah untuk mendapat zuriat yang soleh

Ertinya : 'Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku.'

KHASIAT AKAR KAYU UNTUK LELAKI DAN PEREMPUAN

LELAKI

Ø Membanyakkan benih
Ø Memekatkan air mani
Ø Bertahan lebih lama

PEREMPUAN

Ø Membetulkan perjalanan darah haid
Ø Merapatkan system peranakan
Ø Membanyakkan benih

Ubatan ini perlu dimakan selepas haid serentak bersama suami dan isteri

HUBUNGI AISHAH

cahayamata99@hotmail.com
nisah_79@hotmail.com
012-2303059 sms/call
HARGA UBAT AKAR KAYU


SEMENANJUNGMALAYSIA PEREMPUAN RM 85+ LELAKIRM35 + POS LAJU RM6.00
JUMLAH RM116.00


SABAH & SARAWAK
PEREMPUAN RM 85+ LELAKIRM35 + POS LAJU RM20.00
JUMLAH RM130.00

SINGAPORE
PEREMPUAN RM 85+ LELAKIRM35 + POS LAJU RM60.00 =RM170.00

BRUNEIPEREMPUAN RM 85+ LELAKIRM35 + POS LAJU RM70.00
JUMLAH RM180.00



Oh ! Tuhan kurniakanku zuriat yang baikbuat penggantiku di dunia ini.Engkaulah yang memiliki kebaikan dan mahamengetahui apa yang baik untuk kami.

PERCAYALAH KEPADA YANG MENCIPTAKAN KITA.KITA HANYA
BERUSAHA……ALLAH SAHAJA YANG MENENTUKAN
WASSALAM