Thursday, September 3, 2015

Anda juga boleh cuba cara ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jika yang inginkan zuriat lagi..sudah mencuba berbagai-bagai cara. Sebelum anda mencuba ikhtiar akar kayu saya. Apakata ...anda cuba cara ini dahulu.

Monday, May 25, 2015

Tip untuk mendapatkan anak

Assalamualaikum,

Dibawah ini ada beberapa blog yang saya cari untuk kita amalkan atau mencuba.Jangan kita putus asa.selagi ada jalan ... kita teruskan


1. http://siraplimau.com/cara-cepat-hamil-mudah-petua-tips/
2. http://abangonline.com.my/blog/cara-dapatkan-anak-ketika-hubungan-seks/
3. http://mamaninawithlove.blogspot.com/2012/12/masa-subur-wanita-cara-nak-tahunya-dan_25.html

klip atas url atau copy n paste sahaja

Wednesday, June 11, 2014

Stok set akar kayu sudah ada

ASSALAMUALAIKUM

Stok kapsul untuk lelaki dan perempuan sudah ada .Jika ada sesiapa berminat boleh la sms atau call saya  012-2303059

 


 


Tuesday, March 11, 2014

Mesej dari pelangan

Assalamualaikum,
ini adalah mesej daripada pelangan pada tahun-tahun lepas


Sunday, March 2, 2014

Amalan-amalan untuk memperolehi anak


Amalan-amalan untuk memperolehi anak

 

Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.

Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.

Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.

Amalan pertama.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh

- Baca Bismillah 1 kali

- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.

- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali

- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)

- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan kedua.

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.

-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.

-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.

-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

Itu petua dari Dato Ustazah Siti Norbahyah, semoga petua ini membantu Dato Siti dan Dato K, mendapat anak yang soleh. Petua ini juga untuk anda semua yang belum ada anak.

petikan ini telah diambil dalam satu laman web

Thursday, October 17, 2013

STOK AKAR KAYU PEREMPUAN SAHAJA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Stok akar kayu perempuan sahaja yang akan sampai pada hari jumaat ini 07/02/2014.Jika sesiapa berminat ..boleh la sms saya 012-2303059.Bagi kapsul lelaki masih tidak ada lagi...ada beberapa bahan yang tidak lengkap dan tidak boleh dipasarkan.Stok akar kayu perempuan hanya ada 30 paket sahaja....siapa cepat dia dapat dahulu.Yang sudah menunggu dan tingalkan mesej kepada saya.saya akan hubungi dengan kadar segera.


KHASIAT DAN KEGUNAANNYA  BAGI AKAR KAYU PEREMPUAN         

Ramuan akar kayu ini dibuat khusus untuk pasangan mendapatkan zuriat. Langkah pertama selepas meminumnya ia akan memperbetulkan perjalanan darah haid . Kebiasaannya kesan akan nampak selepas satu minggu meminumnya. Biasanya kedatangan haid akan datang lebih cepat selepas menggunakan ubatan ini. Insyallah selepas dua bulan kedatangan haid teratur di bulan seterusnya berkemungkinan akan hamil. Dan diingatkan agar menandakan kedatangan haid untuk mempastikan kedatangan haid teratur dan kepastian tarikh kehamilan. Beberapa khasiat utama:

Ø      Memperbetulkan perjalanan darah haid

Ø      Membersihkan darah kotor

Ø      Mengelak daripada penyakit senggugut

Ø      Memperbanyakan benih serta mempermudahkan persenyawaan.Insyallah
 
 

Terima kasih