Assalamualaikum,
ini adalah mesej daripada pelangan pada tahun-tahun lepas
Tuesday, March 11, 2014
Sunday, March 2, 2014
Amalan-amalan untuk memperolehi anak
Amalan-amalan untuk memperolehi anak
Setelah berusaha
dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa
kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak
bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan
mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda
berdua untuk memperolehi zuriat.
Di dalam berdoa
kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa
Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali
doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga
dalam menutup doa.
Mungkin anda semua
boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian
yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.
Amalan pertama.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1
kali
- Kemudian selawat
kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud
dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud
tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah,
kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di
dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup
doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini
baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum
berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang
yang suka berputus asa.
Amalan kedua.
-Suami hendaklah
membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali
sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah
membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah
membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam
air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri
hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan
penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat
rahmat daripada-Nya.
Itu petua dari Dato
Ustazah Siti Norbahyah, semoga petua ini membantu Dato Siti dan Dato K,
mendapat anak yang soleh. Petua ini juga untuk anda semua yang belum ada anak.
petikan ini telah diambil dalam satu laman web
Subscribe to:
Posts (Atom)